Halaman

Khamis, 31 Januari 2013

Nasha tak terima surat lagi!

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mendakwa penggugurannya daripada Ahli Majlis Syura Ulama parti itu tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. 

Beliau mendakwa pemecatan itu bukan saja tidak dimaklumkan melalui prosedur biasa, malah mengakui tidak pernah menerima sebarang surat tunjuk sebab berhubung perkara berkenaan. Ahli Parlimen Bachok itu berkata, walaupun digugurkan daripada jawatan itu, perjuangan untuk mendaulatkan Islam tidak akan terpadam dan beliau akan bergerak dengan mana-mana pihak yang memperjuangkan Islam di negara ini. 


“Menjadi calon pilihan raya bukan agenda besar saya menyertai PAS, bagaimanapun saya bersyukur dan lega kerana akan terlepas satu tanggungjawab dipikulnya apabila tidak lagi dicalonkan bertanding.”
 Nasha dihukum tanpa diadili terlebih dahulu. Inikah Pas yang menegakkan Islam dalam perjuangannya?? menganiaya orang lain hanya sebab bencikn seseorang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan