Halaman

Khamis, 31 Januari 2013

Rumah mampu milik Dap = rumah mahal

Hakikat dan realiti harga rumah semakin melonjak tinggi berkali ganda ketika ini sedangkan….. perbezaan peningkatan GAJI rakyat Malaysia tidak banyak berubah. Belum dimasukkan sekali peningkatan kos barang-barang lain….
Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang yang banyak berdolak-dalih untuk menyediakan tapak bagi pembinaan rumah mampu milik oleh Kerajaan Persekutuan setelah Kerajaan Negeri tidak berminat untuk membina rumah-rumah sebegitu, terutama sekali di bahagian pulau, tidak akan memberi kesan kepada Melayu Pakatan Rakyat mahupun penyokong-penyokong DAP dari kaum mereka sendiri tetapi miskin papa kedana!

Pengerusi PERDA, Azhar Ibrahim mendakwa birokrasi kerajaan negeri telah menyebabkan berlaku kelewatan kelulusan permohonan untuk membolehkan agensi itu melaksanakan projek pembangunan termasuk pembinaan rumah mampu milik.

Azhar mendakwa, semenjak DAP mentadbir Pulau Pinang, setiap projek perumahan rakyat yang dibina oleh agensi-agensi kerajaan Persekutuan terpaksa melalui banyak projek tapisan sebelum diluluskan manakala layanan untuk perumahan swasta sangat berbeza kerana prosedur untuk mereka dipermudahkan serta diluluskan dengan sepantas mungkin oleh PBT, sekalipun projek perumahan yang dibangunkan oleh pihak swasta bukan untuk golongan marhein!

Makin miskin dan terseksalah Melayu Pulau Pinang.Rumah dah lah tak ada,apa lagi yang mereka harapkan dari Dap?? hanay orang-orang Pulau Pinang yang boleh jawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan