Halaman

Rabu, 16 Januari 2013

PAS Kedah akui salah keluar garis panduan


Pemuda Gerakan Negeri Kedah, Tan Keng Liang hari ini menggesa kerajaan PAS Kedah menarik balik garis panduan bagi mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang diumumkan 9 Januari lalu.

Tan berkata garis panduan itu langsung bertentangan dengan gaya hidup dan mengganggu sensitiviti masyarakat Cina di negeri itu.



"Ramai orang ingat garis panduan baru ini hanya tertakluk kepada sambutan perayaan Tahun Baru Cina sahaja, tetapi apa yang saya ketahui hari ini ia terpakai untuk semua hiburan terbuka.

"Ia memang mengganggu sensitiviti, keharmonian dan kehidupan rakyat Cina di negeri Kedah. Dan saya nak jelaskan ia bukan sahaja menjejaskan kehidupan orang Cina tetapi juga orang India dan orang Melayu serta Thailand di negeri itu kerana garis panduan ini terpakai untuk semua," katanya.


"Kebiasaannya semasa perayaan Tahun Baru Cina kita ada persembahan nyanyian dan tarian. Malah sepanjang 56 tahun ini kita tiada masalah dalam persembahan tersebut," katanya lagi.


Manakala Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata orang bukan Islam akan hilang identiti mereka jika terus berada dibawah kuasa PAS.

"Kalau bukan Islam terus menerima perkara ini, semua budaya Cina dan India akan hilang jika Pakatan terus mentadbir megeri," katanya

PAS harus hormat sensitiviti agama lain,begitu juga agama lain perlu hormat sensitiviti umat Islam di Malaysia!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan