Halaman

Isnin, 18 Mac 2013

Jangan alpa untuk mengundi!!

Orang Melayu paling ramai tidak daftar mengundi! Pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof itu sebenarnya bukan satu kejutan besar kerana situasi itu telah diketahui umum selama ini.Sememangnya orang Melayu memandang remeh pendaftaran mengundi mahupun hak mengundi pada pilihan raya kerana masih dibuai mimpi siang bahawa bumi yang dipijak ini akan kekal di tangan mereka hingga ke anak cucu.
Kita kena beringat dan tidak boleh selama-lamanya dalam zon selesa. Sudahlah berpecah belah, jumlah pengundi Melayu pun kurang, yang tanggung akibatnya generasi akan datang yang meneruskan apa kita ada. 



 Jika orang Melayu terus tidak ambil peduli peranan dan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju dan nasib bangsa, tidak guna lagi menyesal kelak bila apa yang dimiliki lenyap akibat kealpaan mereka sendiri."Orang Melayu perlu berfikiran strategis dalam mengambil peranan politik.



Orang dahulu tidak belajar tinggi tapi semangat mereka tinggi dalam menjalankan tanggungjawab mengundi."Tiada alasan lagi untuk orang sekarang terutama golongan muda kerana semua proses pendaftaran pengundi telah dipermudahkan. Jika terus leka, kuasa politik bangsa akan semakin terancam.




Jadi marilah sama-sama kita menunaikan tanggungjawab untuk mengundi,kerana dengan satu undi boleh mengubah segalanya.jadilah rakyat yang bertanggungjawab pada negara bukan hanya rakyat yang tahu memprotes sahaja..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan