Halaman

Rabu, 17 April 2013

PAS tuduh BN bergolak


BN Johor bergolak, jentera Pakatan dinasihat fokus

 PAS tidak memandang rendah calon yang dikemukakan BN di Johor, biarpun percaya akan ada siri-siri bantahan daripada akar umbi, bermula di parlimen Gelang Patah, semalam.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata barisan calon BN itu perlu dihadapi secara serius oleh calon Pakatan Rakyat dengan menumpukan seluruh gerak kerja semaksima mungkin.

"Walaupun tidak banyak perubahan di kalangan calon BN untuk memanaskan politik Johor, ia tetap menjadikan negeri itu sebagai salah satu negeri yang keputusannya nanti mendebarkan selepas 5 Mei," tegas Salahuddin kepada Harakahdaily, hari ini.

Apa yang penting, kata Salahuddin, kesepaduan Pakatan Rakyat Johor mesti dipertahankan bagi memberi keyakinan kepada rakyat Johor untuk memilih Pakatan Rakyat.

Beliau yang optimis tentang kesepaduan dalam BN yang semakin rapuh di negeri itu, memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk menawarkan khidmat terbaik kepada pengundi di Johor.


tunggu dan liaht sahaja siapa yang akan menawan BN balik..Janji ditepati!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan