Halaman

Selasa, 16 April 2013

Gelombang #TOLAK Pahang VS #TUKAR Kelantan

Lebih 150 anak muda dan mahasiswa telah menyertai konvoi Gelombang Anak Muda Tolak BN (TOLAK) yang bermula dari Temerloh ke Pekan Ahad lalu.

Konvoi tersebut bertujuan untuk menyebarkan idea anak-anak muda mengenai dalil-dalil mengapa masyarakat harus menolak Umno-BN dalam  PRU13 nanti.

Lebih 4000 helaian risalah berjaya diedarkan. Konvoi bermula seawal 9 pagi singgah mengedarkan risalah dan pidato terbuka di pasar sehari Temerloh, pasar sehari Maran, kawasan kampung di Maran, Pantai teluk Cempedak Kuantan dan yang terakhir di pasar malam Peramu Jaya Pekan.

Konvoi yang diiringi oleh motor kuasa besar dari ARC Pahang ini mendapat sambutan hangat dari pemandu lain. 

Antara gelagat pemandu ketika melihat konvoi ialah dengan mengangkat tangan dan membunyikan hon sebagai tanda sokongan. 

Selepas mengedarkan risalah TOLAK dan memberikan pidato jalanan di Peramu Jaya Pekan, sedikit kekecohan tercetus apabila sekumpulan Pemuda BN datang menghalau aktivis TOLAK yang didakwa kononnya mencetuskan provokasi dan perpecahan. 

Seperti biasa, mereka menggunakan hujah “ini tempat kami, minta kebenaran dulu atau sila berambus”.    

Gelombang TOLAK di Pahang berakhir dengan pentas Kebangkitan Anak Muda di Kg Mengkasar, Pekan yang menampilkan 13 pemidato anak muda dari pelbagai segmen rakyat.

PR kerja nak tuduh BN saje..macam lah dia tak buat kacau masa BN berkempen.!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan