Halaman

Selasa, 16 April 2013

PR ramalkan BN akan kalah dlm PRU13


Dalil BN akan tewas terlalu banyak, tulis Aspan Alias.

 Yang paling menonjol ialah tiga Presiden parti-parti dalam BN tidak bertanding, iaitu Chua Soi Lek dari MCA, Peter Chin dari SUPP dan Koh Tsu Koon dari Gerakan.Dalil BN akan tewas terlalu banyak. Kali ini kita sebut sebahagiannya sahaja. Yang paling menonjol ialah tiga Presiden parti-parti dalam BN tidak bertanding, iaitu Chua Soi Lek dari MCA, Peter Chin dari SUPP dan Koh Tsu Koon dari Gerakan. Kita tidak perlu bersusah payah untuk mencari jawapannya kerana kepada siapa yang memahami keadaan sebenar dalam BN itu mereka akan mudah mengetahuinya.

Parti-parti komponen dalam BN ini hanya membebankan UMNO yang mempunyai masalah besarnya sendiri. UMNO sedang berhadapan dengan krisis keyakinan dari orang Melayu yang paling ketara. Tetapi dalam politik UMNO terpaksa juga mencari jalan untuk ‘survival’nya sendiri. Tindakan UMNO mengambil kembali banyak kerusi yang sebelum ini diagihkan kepada parti-parti komponen itu membuktikan yang UMNO sendiri menganggap rakan komponen mereka itu sebagai beban besar kepada BN.
 UMNO sudah tidak lagi mempunyai nilai-nilai untuk kerukunan hidup bersama dalam masyarakat majmuk negara ini. Mereka sanggup membeli hati rakyat dengan berbagai-bagai cara dan membeli pimpinan yang tidak stabil pemikiran seperti Tunku Aziz dan lain-lain lagi.

Hidup mereka sentiasa hendak bergaduh dan tidak lagi tunduk kepada tuntutan agama dan adat yang sentiasa melarang kita bergaduh sesama sendiri. Kali ini, kita lakukan apa yang perlu dalam pilihanraya yang akan sampai hanya beberapa hari sahaja lagi.

Pastikan permuafakatan diantara kaum ini kita perkayakan dan tidak lagi terkongkong dengan ‘communal politics’ yang tidak berpenghujungan itu.
Pilihlah di antara kemahuan UMNO dengan kemahuan rakyat.

Tuduhan seorang blogger yang taksub dengan PR. Blogger tersebut pun berat sebelah.Seolah-olah PR parti yang tidak ada cacat cela.Sedar lahyang PKR pun datang dari serpihan orang-orang UMNO yang bermasalah,Tak perlulah nak membanggakan sangat dengan parti-parti pembangkang tu!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan