Halaman

Selasa, 9 April 2013

Siapa Ciplak Siapa????

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menuduh sebanyak 22 perkara yang dijanjikan dalam manifesto BN adalah menciplak dari Pakatan Rakyat.Ye Ke???

Rafizi menyenaraikan  janji-janji yang kononnya  diciplak oleh BN  :

1.      Menurunkan harga kereta dengan penurunan 20% - 30% secara berperingkat

2.      Menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak

3.      Menggunakan dana kerajaan melalui penglibatan terus kerajaan untuk menambah rumah mampu milik sebagai usaha mengawal harga rumah

4.      Memperbaiki perumahan estet dan memastikan perumahan selesa bagi bekas pekerja estet

5.      Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat

6.      Menambahbaik perkhidmatan bas untuk digunakan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan kenderaan awam

7.      Memberikan permit teksi individu

8.      Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi (high speed rail)

9.      Membina Lebuhraya Pan Borneo

10.  Mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat

11.  Reformasi percukaian untuk mengurangkan beban cukai pendapatan kepada golongan bawahan

12.  Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana mengikut peratusan perolehan minyak

13.  Peruntukan khas kepada semua jenis sekolah

14.  Menawarkan status sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil

15.  Penekanan kepada pendidikan kemahiran dengan menaiktaraf sekolah vokasional menjadi kolej

16.  Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum

17.  Mewujudkan mahkamah khas untuk menangani isu-isu tanah pribumi

18.  Mewartakan semua tanah adat

19.  Menjana pendapatan dari pembangunan tanah wakaf

20.  Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru KAFA dengan menyediakan pakej penggajian yang lebih baik

21.  Menaikkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok

22.  Memastikan keseimbangan kaum yang lebih adil di dalam perkhidmatan awam


Rakyat lebih pandai menilai dan lebih bijak.NIlailah dengan hati dan akal yang logik,bukan dengan hasutan dari pembangkang yang tak sudah!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan