Halaman

Selasa, 23 April 2013

Tindakan Mat Taib beri masalah kepada BN - Khir Toyo


indakan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai PAS semalam bakal memberi ancaman kepada Umno BN khususnya di Selangor.

Perkara itu diakui seorang lagi bekas Menteri Besar Selangor yang juga pemimpin BN, Dr Mohd Khir Toyo yang mendakwa penyertaan Muhammad itu bakal menjadi penghalang kepada BN untuk menawan semula negeri itu.

“Bergantung kepada pendekatannya. Jika beliau berkempen secara konstruktif dia boleh menimbulkan masalah kepada kami,” katanya dipetik portal The Malaysian Insider.
Sementara itu, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menyifatkan penyertaan Muhammad ke dalam PAS sebagai tepat pada masanya.

Menurut beliau, penyertaan bekas pemimpin tertinggi Umno itu ke dalam PAS memberikan gambaran bahawa Umno bukan lagi parti yang wajar dipilih rakyat.

Apa motif Tan Sri Muhammad Muh Taib sertai Pas,sebab tak dapat jaid calon untuk BN ke??Orang macam ni memang tak diperlukan dalam parti BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan