Halaman

Rabu, 8 Mei 2013

Lembaga Disiplin Umno sudah siap sedia hukum ahli sabotaj

Lembaga Disiplin Umno berkata setakat ini hanya tiga ahli Umno, dari kawasan Semporna, Sabah, telah dikenakan tindakan kerana melakukan sabotaj terhadap parti.

Dua daripadanya dipecat dan seorang lagi digantung selama tiga tahun atau sepenggal.

Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail ketika dihubungi berkata, selain itu tidak ada apa-apa maklumat yang boleh dikongsikan beliau.

"Setakat ini itu sahaja, saya tidak boleh beritahu apa-apa lagi," kata beliau yang enggan mendedahkan maklumat lanjut dalam perbualan singkat dengan Sinar Harian Online.

Umno Online melaporkan Lembaga Disiplin parti telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana pemimpin dan ahli Umno yang didapati bertindak sabotaj menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Antara tindakan tegas boleh dikenakan ialah dipecat dan digantung keahlian.

Difahamkan, lembaga berkenaan sudah pun melantik pemantau di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi memantau dan melaporkan kes-kes sabotaj bagi membolehkan tindakan disiplin lebih awal dapat diambil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan