Halaman

Rabu, 8 Mei 2013

Pengundi Cina kena tipu

Diperdaya pembangkang kononnya undi mereka boleh tumbangkan BN: PM

 Datuk Seri Najib Razak berkata pengundi Cina telah diperdaya oleh pembangkang kononnya undi mereka boleh menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menukar kerajaan. Namun, Perdana Menteri berkata, ia sebenarnya tidak benar kerana walaupun sebahagian besar masyarakat Cina menyokong pembangkang, BN mendapat mandat menerusi pengundi Melayu dan Bumiputera lain serta India. 

Najib menjelaskan beliau tidak menyalahkan pengundi Cina, sebaliknya mengecam tindakan pembangkang melakukan penipuan besar dan mereka cerita tidak logik dan tiada bukti seperti kononnya ada 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh, semata-mata mahu merebut kuasa.

Sementara itu, ketika diasak pemberita agensi berita luar negara yang mempersoalkan tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia semalam ‘Apa lagi Cina mahu?’ yang mempertikaikan sikap pengundi Cina itu, Najib berkata:

“Ya lah... tetapi anda menyalahkan Utusan. Bagaimana pula dengan akhbar Cina... adakah anda menyatakan bahawa akhbar Cina menyatakan perkara yang benar sepanjang masa?”


Ditanya sama ada perubahan akan dilakukan berikutan keputusan PRU-13, beliau berkata, BN akan mengkaji secara mendalam dan membincangkannya sesama parti komponen untuk menentukan langkah yang patut diambil.

Keputusan telah pun diketahui ,tak perlu nak menuding jari antara satu sama lain, jadikan kesilapan dan kegagalan sebagai pengajaran untuk diperbaiki  di masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan