Halaman

Khamis, 16 Mei 2013

Tiada wakil MCA, GERAKAN

Tiada wakil MCA, GERAKAN



 Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak, semalam, menyaksikan tiada penyertaan daripada MCA dan GERAKAN. 

Ia berikutan keputusan kedua-dua parti itu tidak mahu menerima jawatan dalam Kerajaan Pusat selepas prestasi buruk mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam satu kenyataan, berkata MCA tidak mengemukakan sebarang nama untuk jawatan Kabinet. 
 Soi Lek juga berkata, ada banyak muka baru kali ini, yang akan membawa dan memberi pelbagai input kepada Kabinet. 

“Tahniah kepada semua yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Perkara paling mencabar adalah untuk mendekati semua kaum bagi mencapai perpaduan dalam usaha menangani politik pecah-belah oleh pakatan pembangkang,” katanya. 
Terus agenda transformasi 

Sementara itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong, berkata walaupun MCA tidak tersenarai dalam Kabinet, beliau yakin menteri dan timbalan menteri lain berupaya meneruskan agenda transformasi negara ini. 

Bagi Naib Presiden GERAKAN, Datuk Tan Lian Hoe yang juga bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula menyifatkan Kabinet yang terdiri daripada muka baru dan lama sebagai barisan mantap untuk menerajui kerajaan. 

“Saya yakin mereka akan menjadikan masyarakat negara ini lebih maju dan berjaya walaupun MCA dan GERAKAN tidak berada dalam Kabinet kali ini,” katanya.

Pertama kali dalam Kabinet tiada wakil dari MCA.Harap MCA mempertimbangkannya semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan