Halaman

Khamis, 16 Mei 2013

Kedudukan MCA selepas EGM parti


 Kedudukan MCA dalam Kabinet akan ditentukan kemudian berikutan keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu yang tidak menerima jawatan dalam Kabinet berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata wakil bagi parti mewakili kaum Cina itu ditentukan kemudian jika dapat meminda keputusan EGM yang memutuskan untuk menolak sebarang jawatan Kabinet dan EXCO negeri. “MCA sudah membuat resolusi (menolak sebarang jawatan Kabinet dan EXCO) dan jika kerajaan nak mempertimbangkan (memberikan jawatan Kabinet) maka mereka kena ubah EGM parti. Ini urusan MCA dan kita tentukan kemudian. 


“Saya sudah peruntukkan sebuah kementerian (Kementerian Pengangkutan) dipangku (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) untuk membolehkan kementerian itu dipimpin MCA jika dapat meminda EGM,” katanya. 

MCA sebelum ini membuat ketetapan tidak menerima sebarang jawatan dalam Kerajaan Pusat atau negeri berikutan prestasi buruk parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilaporkan berkata, ia sejajar dengan resolusi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 2012 dan 2011, selain menghormati keputusan pengundi. 

Cermin kerjasama BN 
Sementara itu, mengenai bilangan Menteri dan Timbalan Menteri yang dikatakan masih ramai, Najib berkata, ia sebenarnya lebih kurang sama dengan jumlah sedia ada dan jelas mencerminkan kerjasama dalam keluarga Barisan Nasional (BN) yang besar. 

Katanya, jawatan Timbalan Menteri dikurangkan sebanyak 11 orang menjadi 26, berbanding 37 pada 2009, manakala Senator berkurangan kepada lima berbanding 11 sebelum ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan