Halaman

Isnin, 10 Jun 2013

Anwar masih bersandiwara

Anwar Ibrahim

TINDAKAN PKR yang mahu ahli Parlimennya memboikot upacara angkat sumpah, sidang pertama Dewan Rakyat, 24 Jun ini, jelas memberi isyarat bahawa parti itu akan terus memprotes keputusan PRU13.

Protes ini bermula apabila BN diumumkan menang dalam saingan PRU13, 5 Mei lalu dengan memperoleh 133 kerusi Parlimen dan PR hanya mendapat 89 kerusi. PR khususnya, PKR telah menggerakkan kempen Himpunan 'Blackout505' yang diadakan di seluruh negara bermula di Stadium Kelana Jaya, 9 Mei lalu.

Protes ini juga diteruskan dengan memakai baju hitam sebagai tanda berkabung di Kongres Nasional PKR ke-9, 24 Mei lalu. Wajar atau tidak pembangkang terus memboikot sebegini?
Difahamkan, motif utama PKR memulaukan sidang Dewan Rakyat kerana beberapa tuntutan mereka yang tidak ditunaikan.

Berbeza pula dengan pendirian DAP dan Pas masing-masing menyatakan pendirian tidak akan memulaukan sidang Parlimen. Namun, persoalannya sampai bila tindakan ini akan diteruskan?

Tindakan PKR ini dilihat tidak mampu memberi kesan kerana DAP dan Pas sudah menyatakan pendirian tidak akan menyertai usaha memboikot sidang Parlimen.

Sekiranya hanya 28 Ahli Parlimen PKR sahaja yang memboikot, ini tidak akan memberi implikasi kepada sesi mengangkat sumpah kerana barisan pembangkang masih mempunyai 59 ahli Parlimen lagi.

Bahkan, bahagian pembangkang juga tidak akan kosong kerana ahli Parlimen PKR masih akan hadir dalam upacara pembukaan Dewan Rakyat kerana menghormati Yang di-Pertuan Agong.

28 ahli Parlimen itu hanya tidak mengambil bahagian dalam upacara mengangkat sumpah sahaja. Sekiranya, PKR tetap teruskan usaha ini, negara akan menyaksikan buat kali pertama ahli Parlimen memboikot sesi mengangkat sumpah kerana membantah keputusan PRU.

Kekuatan pembangkang dalam Dewan Rakyat pastinya akan berkurangan dan ini akan memberi kesan positif kepada kerajaan terutama dalam mendapatkan undi majoriti untuk meluluskan sesuatu usul.

Dalam konteks perbahasan, PR akan kehilangan beberapa pemimpin PKR yang mempunyai kebolehan berdebat, seperti Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali; Rafizi Ramli (Pandan) dan Nurul Izzah (Lembah Pantai).

PR juga perlu cari Ketua Pembangkang yang baru gantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Ketua Umum PKR itu dijangka tidak akan ambil bahagian dalam perbahasan termasuk hantar soalan dalam sidang pertama Dewan Rakyat.

Sekiranya, Ahli Parlimen PKR tetap terus tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan, ini pastinya menyukarkan ahli parlimen pembangkang yang lain untuk mematahkan hujah pihak kerajaan.

Dijangka keputusan memboikot ini akan diputuskan dalam masa terdekat di antara pimpinan tertinggi PR, iaitu sama ada DAP dan Pas akan menyertai PKR ataupun tidak. Mulai hari ini, PR masih mempunyai 14 hari untuk membuat keputusan, yang dijangka akan memberi kesan mendalam terhadap gabungan tiga parti itu.




PKR memang kurang ajar ..Orang macam ni memang patut tendang dari Dewan Rakyat .Nak boikot sangatkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan