Halaman

Isnin, 10 Jun 2013

Boikot Parlimen hanya rugikan rakyat

 Hasrat pembangkang terutamanya PKR mahu memboikot sidang Parlimen akan datang hanyalah untuk menunjukkan konsistensi mereka terhadap protes keputusan PRU13 lalu.

Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa, Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, sikap itu merugikan pembangkang kerana telah memungkiri janji mereka kepada pengundi.

Katanya, rakyat menaruh harapan kepada mereka sebagai wakil di Parlimen tetapi malangnya tidak disempurnakan dengan penuh tanggungjawab.  

“Sidang Parlimen adalah untuk menggubal undang-undang atau memperhalusi apa jua dasar dan masalah negara.

“Apa jua isu tanpa penglibatan sepenuhnya daripada ahli-ahli parlimen atau pemerintah, maka rang undang-undang mungkin tidak lengkap dan komprehensif,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Oleh yang demikian, katanya, wakil rakyat yang memulaukan Dewan Rakyat ini jangan pula mempersoalkan satu-satu dasar yang diluluskan oleh Parlimen kelak kerana tidak memuaskan hati mereka.

Sementara itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod turut mempunyai pandangan yang sama.

Katanya, tindakan pembangkang yang terus memprotes keputusan PRU13 yang didakwa berlaku penipuan hanyalah mahu mendapat simpati rakyat, tetapi persoalannya sampai bila mereka akan berterusan berbuat begitu.

“Mereka seharusnya memikirkan harapan pengundi,” katanya yang menyifatkan tindakan memboikot itu tidak wajar sama sekali.

Mengulas tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan  turut memboikot majlis angkat sumpah sebagai ahli parlimen, Ahmad Kamal berkata, jika gagal berbuat demikian, mereka tidak dapat mewakili rakyat di Parlimen.

“Melalui pilihan raya lalu, mereka mewakili rakyat di kawasan di menangi, tetapi untuk menjadi wakil rakyat di Parlimen, mereka perlu melaksanakan proses akad sumpah,” katanya.

Pembangkang betul-betul mahu mencabar Perlembagaan Negara dan kedaulatan Malaysia.Mereka ingat mereka siapa,suka hati sahaja nak boikot dan buat "havoc".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan