Halaman

Jumaat, 15 November 2013

Sultan Selangor: Arah HENTIKAN SERTA MERTA penggunaan kalimah ALLAH

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan juga penerbitannya dalam akhbar mingguan The Herald versi Bahasa Melayu, perlu dihentikan serta merta.

 "Ini kerana kalimah Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Satu seperti yang terdapat di dalam Surah Al-Ikhlas. 

"Semua rakyat di Selangor khasnya perlu menghormati dan mematuhi keputusan yang dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, undang-undang serta keputusan secara sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lalu," titah baginda dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Baginda juga menasihatkan mana-mana pihak tidak mengambil kesempatan menjadikan isu kalimah Allah sebagai agenda politik mereka kerana kalimah Allah ialah satu kalimah suci dan membabitkan akidah umat Islam.

Sumber: Berita Harian 14/11/2013 

Kerajaan perlu tegas dalam penggunaan Kalimah Allah .Setuju sangat dengan tindakan Sultan Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan