Halaman

Rabu, 4 Disember 2013

Selangor digesa penuhi janji manifesto


 Kerajaan Selangor digesa melaksanakan program pendidikan tinggi percuma kepada rakyat di negeri itu, seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. 

Ketua Pemuda GERAKAN, Tan Keng Liang, berkata pendidikan percuma itu dijanji diberikan melalui pemberian elaun sara hidup kepada semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan yuran universiti akan ditanggung kerajaan negeri. 

“Namun, apa yang menyedihkan, kerajaan Selangor tidak ada mengumumkan apa-apa peruntukan bagi pendidikan tinggi percuma ketika membentangkan Bajet Selangor 2014 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini. 



“Mereka sudah berjanji dan memberikan harapan kepada rakyat yang mengundi mereka, jadi mereka seharusnya menunaikan apa yang sudah dijanjikan,” katanya pada sidang media di sini. 

Sebelum itu, beliau menyerahkan memorandum ‘Pendidikan Tinggi Percuma di Universiti Selangor (UNISEL)’ kepada Setiausaha Sulit kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah iaitu Hiew Kim Boon di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini, semalam.

Dah berjanji kenalah tunaikan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan