Halaman

Rabu, 4 Disember 2013

3 Negeri Bah Besar

Tiga negeri dilanda banjir


 Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu di utara Semenanjung, menyebabkan kawasan rendah di Pulau Pinang, Perak dan Kedah dilanda banjir mulai malam kelmarin. 

Paras banjir antara 0.5 hingga 2.5 meter itu menyebabkan lebih 1,000 penduduk, berpindah ke pusat pemindahan sementara yang dibuka Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Perak, Seramai 558 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan banjir sekitar Pantai Remis, Manjung, selepas rumah mereka dinaiki air antara 0.7 meter sehingga 1.5 meter, pagi semalam. 



Pusat pemindahan Dewan Orang Ramai Tebuk Yan 2 menempatkan 28 mangsa daripada tujuh keluarga, manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Batu menempatkan 530 mangsa daripada 148 keluarga. 

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, banjir berpunca hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan peningkatan paras air yang kini mencetuskan kemungkinan lebih ramai mangsa perlu dipindahkan.

400 penduduk 

Sementara itu, lebih 400 penduduk daripada 50 keluarga sekitar Sungai Petani dan Kulim, Kedah, dipindahkan susulan banjir kilat. 
Ini termasuk 200 mangsa sekitar Kampung Jerung dekat Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, yang dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air sehingga satu meter, apabila paras air mulai jam 10 malam kelmarin susulan hujan lebat sejak tengah hari. 

Sekurang-kurangnya 10 kampung dan taman perumahan sekitar Sungai Seluang, Nagalilit, Lilit dan Karangan, Kulim, terjejas apabila dinaiki air hingga 2.5 meter menyebabkan 200 penduduk diarah berpindah ke sembilan pusat pemindahan. 

Sekitar Merbau Pulas pula, 100 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Merbau Pulas (SKMP) apabila rumah mereka dinaiki air sehingga satu meter. 

Di Georgetown, Pulau Pinang pula, perparitan tersumbat didakwa menyebabkan rumah lebih 300 keluarga sekitar bandar raya itu ditenggelami banjir kilat sedalam 0.5 meter susulan hujan lebat, awal pagi semalam. 

Antara rumah penduduk terjejas mulai jam 1 pagi itu termasuk sekitar Jalan P Ramlee, sebahagian Jalan Perak, Jalan Masjid Negeri, Jalan Makloom, Jalan Sungai Pinang dan Jalan Patani. 

Penduduk yang tidak dipindahkan mendakwa, banjir kilat semakin kerap melanda setiap kali hujan lebat lebih sejam.


Berhati-hati dengan keadaan hujan lebat sekarang,awasi anak-anak anda, dan simpan dokumen-dokumen penting di tempat yang selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan