Halaman

Isnin, 11 Mac 2013

JMM: Bapa Saiful mungkin dibiayai

KUALA LUMPUR - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah menganggap kenyataan 'U' mengenjutkan, yang dibuat oleh bapa Mohd Saiful Bukhari berkenaan tuduhan liwat membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemungkinan dibiayai pihak tertentu.
JMM: Bapa Saiful mungkin dibiayai

Menurutnya, dia tidak terkejut sekiranya ayah Saiful itu akan menjadi jutawan baru dalam terdekat ini kerana dipercayai berkemungkinan telah dibiayai oleh pemimpin PKR.

"Ini berdasarkan kenyataan dibuat oleh ayah Saiful itu dilakukan bersama dengan pemimpin PKR ketika hampir menjelang pilihan raya dan ini sememangnya sesuatu yang mencurigakan.

"Saya juga pernah difahamkan di mana ayah Saiful juga ada beberapa kali bercakap soal kewangan dan sebagainya. Inilah kelebihan Umno di mana dalam kes seperti ini, Umno tidak akan mempengaruhi seseorang dengan sogokan duit," katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri satu program di Bukit Antarabangsa dekat sini, semalam.

Azwanddin yang juga merupakan Ketua Umno Cawangan Bukit Antarabangsa berkata, walaupun kenyataan ayah Saiful itu mengejutkan tetapi ia tidak relevan kerana fokus isunya sekarang adalah yang diliwat, pertuduhan dan pengakuan sumpah yang dibuat oleh Saiful.

Katanya, ayah Saiful hanyalah seorang bapa yang menemani Saiful semasa kes mahkamah berlangsung walaupun sebelum ini dia sangat konsisten dan berpendirian dalam mempertahankan Saiful.

Jelasnya lagi, dia percaya kenyataan 'u-turn' ayah Saiful menjelang hampirnya pilihan raya adalah rancangan terdesak Anwar untuk menutup isu moralnya setelah sejak akhir-akhir ini, populariti Ketua Pembangkang itu semakin menjunam jatuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan