Halaman

Khamis, 13 Disember 2012

BN boleh jaga Kelantan lebih baik dari PAS


Itulah realiti kerajaan Pas Kelantan yang memerintah negeri itu sejak lebih 20 tahun lepas. Apa yang dilakukan oleh kerajaan Pas Kelantan hanyalah berceramah dan berpolitik. Dalam ceramah tak ada kerjaan lain melainkan hentam kerajaan BN, hentam UMNO. Kalau tak direct, indirect atau kias-kias. Balik-balik duk cerita pasal nak tubuh kerajaan Islam tapi dah perintah Kelantan berpuluh tahun tak nampak macam negeri Islam.

Kebajikan rakyat terabai dan tak ada usaha pun nak tarik pelabur baru datang Kelantan, bina kilang, laksanakan pelbagai projek waima projek kecil-kecilan sekalipun melainkan bergantung penuh kepada ekonomi tradisional. Tanam padi, tanam tembakau, nelayan atau tebang balak. Sebab itulah orang muda Kelantan tak boleh duduk Kelantan sebab tak ada kerja. Terpaksa berhijrah ke negeri-negeri di bawah kerajaan BN yang banyak sediakan peluang pekerjaan.

Pergilah ceruk mana dari Johor sampai ke Sabah dan Sarawak di mana-mana sahaja ada orang Kelantan. Paling-paling koman bukak warung tom yam atau masakan panas ala Siam. Orang Kelantan nak berniaga tom yam pun kena keluar dari Kelantan sebab kuasa membeli orang Kelantan rendah. Ish.. tak kan orang Kelantan tak mampu nak beli tom yam semangkuk kot?
Nik Aziz boleh dakwa Kelantan makin maju sebab makin banyak shopping complex yang dibuka di Kota Bharu. Hebat MB Kelantan gunakan statistik pusat membeli belah sebagai indikator kemajuan negeri. Baik! itu di Kota Bharu... Macam mana kat Machang, Pasir Puteh, Bachok, Gua Musang dan lain-lain tempat? Mungkin Nik Aziz kata itu tugas kerajaan Pusat nak majukan Kelantan. Kalau majukan Kelantan pun serah kepada Pusat, apa tugas kerajaan negeri yang kutip hasil rakyat... cukai tanah, cukai pintu, bayaran letak kereta (khabarnya paling tinggi di Pantai Timur) atau hasil balak. Mana pergi semua tu?
JIka rakyat Kelantan betul-betul nak rasa kemajuan mereka perlu menukar pemerintah yagn sedia  ada.Bukan kekalkan pemerintahan yang sedia ada.

Rabu, 12 Disember 2012

DAP DALAM KETAKUTAN!!



Berdasarkan kajian akademik dan politik yang dijalankan di Pulau Pinang, DAP bakal hilang 5 kerusi DUN yang kini dalam gengaman mereka. Antara DUN yang bakal hilang ialah DUN Machang Bubuk, DUN Bagan Dalam, DUN Seri Delima, DUN Bukit Tengah. Kenyataan ini berdasarkan kepada prestasi ADUN-ADUN mereka yang amat rendah dan ditolak oleh rakyat.

ADUN Seri Delima, RSN Rayer contohnya ditolak oleh kaum India kerana tidak membela nasib orang India sehingga Kampung Buah Pala diratah oleh kerajaan negeri walaupun dijanjikan kampung tersebut akan terbela bila Pakatan Rakyat memerintah.

Lagi teruk ialah dakwaan bahawa, bapa kepada RSN Rayer telah mengarahkan supaya bekas tapak kaki penduduk-penduduk dari Kampung Buah Pala disamak dengan susu lembu kerana menganggap kasta penduduk Kg. Buah Pala paling rendah. Peristiwa ini berlaku apabila penduduk Kg Buah Pala datang ke rumah Rayer untuk memohon bantuan menyelesaikan masalah kampung mereka.

Akibat risau dengan prestasi ADUN DAP yang pemalas sehingga rakyat marah, DAP terpaksa membuat permukiman di Pulau Jerjak bagi mencari jalan penyelesaian akan permasalahan ini.

Permukiman tersebut dibuat atas nama Mesyuarat JKKK Kampung Sireh, tetapi menjadi mesyuarat DAP mensekolahkan semua ADUN mereka.

PAS cemar imej hudud




Kontroversi pelaksanaan undang-undang Islam terhadap bukan Islam di negeri ini yang hangat diperkatakan dalam akhbar berbahasa Inggeris ketika ini telah menjejaskan imej agama suci tersebut.
Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, isu tersebut timbul disebabkan kegagalan kerajaan Pas Kelantan memberikan kefahaman tentang undang-undang Islam sebelum ia dilaksanakan.
Beliau berkata, sewajarnya kerajaan negeri perlu berhati-hati ketika merangka dan melaksanakan undang-undang berkaitan Islam agar ia tidak disalahtafsirkan oleh masyarakat bukan Islam di negara ini.










PILIHAN DI TANGAN ANDA!!!!

Kelantan tetap nak saman bukan Islam


Kerajaan PAS Kelantan tetap bertegas melaksanakan perundangan Islam kepada orang bukan Islam meskipun mendapat tentangan daripada Pengerusi DAP Karpal Singh.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri sedia menerima risiko untuk disaman oleh bukan Islam kerana setiap dasar yang dibuat kerajaan negeri selari dengan peruntukan Perlembagaan.
Karpal Singh menggesa Kerajaan PAS Kelantan supaya menjelaskan perkara sebenar mengenai tindakan perundangan Islam yang dikenakan ke atas orang bukan Islam di negeri itu.
Karpal berkata orang bukan Islam Kelantan yang dikenakan tindakan saman berdasarkan undang-undang Islam, boleh mencabar saman terbabit di mahkamah.
Takiyuddin bagaimanapun menjelaskan bahawa kerajaan negeri melaksanakan dasar itu sebagai langkah menjaga maruah wanita, sama ada Islam atau bukan Islam daripada mengalami gangguan seksual dan terjebak dalam kancah pelacuran.

LA: PAS perlu beri pemahaman yang jelas kepada bukan Islam sebelum mengenakan tindakan ,jika tidak memang akan ditentang lah oleh bukan Islam.

Selasa, 11 Disember 2012

Ex-DAP man eyes PKR


Fewer than three months after resigning from Perak DAP, Amani William-Hunt Abdullah has applied to join Parti Keadilan Rakyat (PKR).

The announcement was made by PKR vice-president Dr Lee Boon Chye during its Perak branch meeting last Friday.
PKR sources said the news was well received by Pas but had caught Perak DAP off-guard.
Pas' Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said the Chenderiang seat, which is being eyed by PKR and DAP, would not be a  problem now.

ANWAR VS "SIVAJI 'THE BOSS!!

 Anwar Ibrahim, boleh 'jadi' sesiapa sahaja, bergantung kepada keadaan, suasana dan tempat. Boleh 'jadi' Sivaji The Bos, Presiden Barrack Obama, Paul Wolfowitz, hatta Salman Rushdie.
Anwar hanya mahu sokongan kaum India sahaja untuk merealisasikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Setelah dia menjadi Perdana Menteri, pastinya kaum India akan dikais ke tepi! Cuba lihat apa yang terjadi kepada Nallakarupan (banker Anwar) yang bukan saja teman karib Anwar. Hari-hari mereka bertemu dahulu, namun dengan sekelip mata Nallakarupan diterajang keluar apabila Anwar merasakan dia sudah “kuat”. Lihat saja apa yang terjadi kepada “samseng” dari Padang Serai, Gobalakrishnan, yang sanggup mati untuk Anwar sebelum ini setelah dinyahkan Anwar. Mahukah pemimpin dan kaum India mengalami nasib yang sama? Yang rapat bagai “isi dengan kuku” seperti Nallakarupan pun tertipu dengan Anwar, apatah lagi pemimpin-pemimpin dan kaum India yang tidak pernah kenal rapat pun dengan Anwar, lagi senang di”kencing”nya bertalu-talu!

 Mahukah pemimpin dan kaum India di Malaysia ini menerima nasib yang sama atau lebih buruk dari Gobala dan Nalla? Mahukah mereka juga dipanggil “pariah!” oleh Azmin? Terserahlah kepada empunya badan!


NASIB MALANG KAMERA AES!

Kamera AES Kamera AES jadi mangsa vandalisme?
Vandalisme ke atas kamera AES
vandalisme kamera AES Kamera AES jadi mangsa vandalisme?
Kerakusan manusia atas Kamera AES

Di sebalik bantahan yang berlaku, baru-baru ini tersebar dua keping gambar di dalam Facebook yang menunjukkan dua unit kamera AES telah mengalami kerosakan, dipercayai akibat perbuatan salah laku musnah atau vandalisme oleh individu yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pemasangan sistem penguatkuasaan itu.
Tiada maklumat yang tepat di manakah lokasi kejadian berlaku, cuma persoalannya kini ialah adakah kamera AES bakal menjadi mangsa perbuatan vandalisme seperti mana dialami oleh pelbagai insfrastruktur awam lain, contohnya pondok telefon awam?