Halaman

Jumaat, 20 Julai 2012

Ahli PAS 4 cawangan masuk UMNO

Kota Bharu- Seramai 160 ahli dan penyokong PAS daripada empat cawangan di daerah ini menyerahkan borang keahlian UMNO kelmarin.
Borang diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada majlis perasmian Gelanggang Silat 1Malaysia dan Jamuan Rakyat di kampung Babong Pulau Melaka,di sini,kelmarin.
Jamil Khir ketika mengulas mengenai penyerahan borang itu berkata, tindakan bekas ahli dan penyokong PAS masuk UMNO memberi momentum baru dan kesan positif kepada parti.
"Tindakan mereka mungkin disebabkan kenyakinan dengan usaha serta prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membantu rakyat," katanya selepas majlis itu.
Che Awadi Che Su,31, berkata beliau memasuki UMNO selepas melihat parti itu banyak menyalurkan bantuan kepada rakyat menerusi pelbagai kaedah secara sama rata.
"Saya menarauh kepercayaan bahawa UMNO adalah parti yang mampu membantu rakyat dan negara. Bantuan yang disalurkan selama ini pun tidak melihat kepada parti," katanya.
Fadzil Ismail,36, pula berkata keputusannya tidak didorong mana-mana pihak, malah tidak kisah jika ada pihak tidak senang dengan keputusanaya.
"Saya cuma hendak melihat parti yang betul. Selama ini saya banyak menyokong PAS tetapi sekarang nak lihat perbezaan antara kedua -dua parti ini.
"Selamanya ini pun saya tidak pernah mendapat apa -apa bantuan walaupun banyak menyokong dan membantu PAS. Saya juga tidak kisah jika ada ahli atau rakan PAS yang mungkin memulaukan saya disebabakan tindakan ini", katanya yang menyokong PAS lebih 20 tahun.

Sumber: BH 20 Julai 2012

LA:Sokong pada yang bagi banyak manfaat kepada kita:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan