Halaman

Jumaat, 20 Julai 2012

JI, komunis cuba serap

Bukit Aman kesan pengganas dalam parti pembangkang


rRisikan Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman mendapati elemen Jemaah Islamiah (JI) dan komunis cuba meresap ke dalam parti pembangkang di negara ini.
Malah, Ketua Penolong Pengarah bahagian itu, Datuk Mohd Sofian Md  Makinuddin, menjelaskan ada usaha mereka untuk menjadi calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Mohd Sofian menjelaskan pihaknya juga tahu beberapa pemimpin pembangkang sering berulang alik ke Bangkok dan Selatan Thailand mengadakan pertemuan sulit dengan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM).
Bantuan Kewangan
"Gerakan ini mendapat sokongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing daripada segi bantuan kewangan, latihan serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya umum.
"Tindakan mereka bertujuan melahirkan NGO tempatan yang sentiasa bermusuhan terhadap kerajaan yang boleh mencetuskan kucar kacir," katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama", pada Konvesyen Pemimpin Muda Negara 2012, dibangunan Parlimen, di sini semalam.
Bangkit isu kontroversi
Beliau berkata, polis bimbang dengan tindakan pembangkang dan segelintir NGO membangkitkan isu kontroversi yang membakar sentimen rakyat agar membenci kerajaan.
"Perhimpunan BERSIH 3.0, oren dan hijau adalah rancangan yang diatur khas sehingga PRU. Budaya kempen sepanjang tahun diamalkan di negara ini menyebabkan rakyat terdedah kepada pelbagai maklumat politik,"katanya.

Sumber: BH 20 Julai 2012

LA:Hargai keamanan yang sedia ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan