Halaman

Jumaat, 20 Julai 2012

Jangan kutuk negara kerana beza ideologi

Ahmad Zahid menyempurnakan majlis  penutup konvoi  motosikal kuasa tinggi di Litar Datuk Sagor, Kampung Gajah, semalam.

Ahmad Zahid menyempurnakan majlis penutup konvoi motosikal kuasa tinggi di Litar Datuk Sagor, Kampung Gajah, semalam.
Kampung Gajah: Rakyat yang setia kepada negara perlu menentang usaha pihak tertentu yang sering memburuk-burukkan nama Malaysia hanya kerana berbeza ideologi politik atau soal peribadi. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata rakyat perlu bersatu menentang golongan seperti itu yang mengaku taat setia, tetapi menghina Malaysia di luar negara. “Ada tokoh politik mengaku setia, cintakan negara tetapi apabila di luar, memburuk-burukkan dan menghina negara sendiri. 
“Kita boleh berbeza pendapat tetapi bukan atas nama negara. Kalau tidak setuju, pada perkara dasar saja, soal cabang jangan dibangkitkan. 

“Masalah peribadi dengan mana-mana pemimpin tetap soal peribadi, jangan politikkan semua perkara di Malaysia,” katanya selepas menyempurnakan majlis penutup konvoi motosikal kuasa tinggi diketuainya bagi menjayakan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Litar Datuk Sagor, di sini semalam. 

Hadir sama Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Pegawai Daerah Perak Tengah, Roslan Mat Lodin. 

Konvoi berkenaan melalui 10 daerah bermula di Kerian dan berakhir di Perak Tengah, mengedarkan 100,000 Jalur Gemilang sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta beberapa agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 
Baru-baru ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, beberapa gambaran buruk mengenai Malaysia disiarkan media Indonesia turut disumbangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai ramai rakan di negara jiran itu. 

Sementara itu, Ahmad Zahid meminta semua pihak tidak ghairah mengibar bendera parti hingga lupa mengibar dan menyerlahkan lagi Jalur Gemilang terutama sepanjang dua bulan kempen Kibar Jalur Gemilang dari 17 Julai hingga 16 September ini. 

Beliau berkata, rakyat perlu menterjemahkan kesetiaan kepada negara dengan mengetepikan sementara perbezaan ideologi politik.


LA:Malu lah, dok Malaysia tapi buruk-burukkan negara sendiri..Orang luar dok bertepuk tangan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan