Halaman

Rabu, 18 Julai 2012

Isu air: Selangor perlu kebenaran

Tampin- Kerajaan Selangor tidak boleh mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) tanpa mendapat persetujuan kerajaan pusat.

Selangor perlu mengemukakan rancangan dan pelan untuk menguruskan bekalan air di negeri itu, jika berhasrat mahu mengambil alih peranan SYABAS.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,  berkata pengambilalihan tanggungjawab itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnyadan perlu dimaklumkan kepada kerajaan pusat berdasarkan peruntukan dalam perjanjian konsesi.

"Mereka ingin buat keputusan begitu kena maklumkan. Sama ada,ada asas atau tidak itu kita tidak tahu lagi dan kita mahu tahu apa perancangan kerajaan negeri dalam nak menyelesaikan krisis air di Selangor.

"Jadi kalau itu mereka sampaikan kepada kerajaanpusat dan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui (selaku menteri bertanggungjawab) boleh menilai adakah asas itu asas yang kukuh,"katanya selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah, di sini ,semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa SYABAS tidak menjalankan tugasnya mengikut perjanjian konsesi dan kerajaan negeri mahu mengambil alih pengurusan syarikat berkenaan.

Muhyiddin  berkata, pertikaian itu boleh dirujuk kepada undang -undang tetapi lebih penting nasib rakyat Selangor dan Kuala Lumpur kerana masalah air mencemaskan.

LA: Dah nak pilihanraya balik  dah,tapi isu air kat Selangor x sudah-sudah jugak.Simpati kt rakyat Selangor.,tue la,lain kali pilih la kerajaan yagn tahu buat kerja,bukan tau buat janji manis saje.kan awok jugak yang susah...pikir-pikirkan la yer orang-orang Selangor.


sumber:Berita Harian 18 Julai 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan