Halaman

Jumaat, 27 Julai 2012

Tender terbuka projek loji


Putrajaya: Kerajaan Pusat akan melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan. 

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam kenyataannya semalam, berkata semua anak syarikat kerajaan Selangor dialu-alukan untuk menyertai tender itu. Justeru, tuduhan yang mengatakan projek itu dibina bertujuan memastikan kroni UMNO-Barisan Nasional mendapat kontrak pembinaan adalah tidak berasas, kata kenyataan itu. 
Dalam kenyataan sama, KeTTHA memperbetulkan banyak kenyataan pemimpin kerajaan Selangor berhubung isu air yang didakwanya salah dari fakta dan mengelirukan. 

Antaranya, kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kapasiti 34 loji rawatan air di Selangor sekarang ialah 4,807 juta liter sehari (MLD) berbanding keupayaan pengagihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) 4,371 MLD. 

KeTTHA menjelaskan 34 loji itu direka bentuk bagi menghasilkan 4,581 MLD, tetapi pelbagai kekangan menyebabkan hanya 4,371 MLD diagih. 

Kapasiti 4,581 MLD hanya boleh dicapai jika Projek Mitigasi 1 dan 2 dengan kos RM606 juta yang disyor Kerajaan Pusat siap. 
Menurut KeTTHA, lima loji rawatan air iaitu di Sungai (Sg) Selangor 2, Sg Semenyih, Sg Langat, Sg Batu dan Bukit Tampoi kini beroperasi melebihi tahap reka bentuknya. 

Mengenai dakwaan Exco Selangor, Rodziah Ismail bahawa Kerajaan Pusat enggan membenarkan kerajaan negeri mengambil alih SYABAS walaupun ia tidak mampu urus bekalan air, KeTTHA berkata ia tidak dapat dilakukan kerana ada kes mahkamah yang belum selesai. 

Kes itu membabitkan tuntutan pampasan SYABAS terhadap kerajaan Selangor kerana tidak menaikkan tarif air sejak 2009 mengikut jadual dipersetujui dalam perjanjian konsesi. 

KeTTHA juga menafikan kenyataan Exco, Dr Xavier Jayakumar, bahawa Kerajaan Pusat dan SYABAS bertanggungjawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset air di Selangor. 

Sebaliknya, kementerian itu menjelaskan, kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air bertanggungjawab terhadapnya.
Sumber: BH 27 Julai 2012
LA: ape lagi, da org bagi peluang, jangan sia -siakan pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan