Halaman

Rabu, 15 Ogos 2012

Bantahan rakyat dikaji

PM minta Kabinet semak Akta Keterangan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib razak sudah meninta Kabinet membincangkan mengenai Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang mendapat bantahan warga internet dan pemimpin parti pembangkang.Najib menerusi entri Twitter semalam, berkata apa sahaja dilakukan kerajaan,kepentingan rakyat harus diutamakan.
Langkah itu berikutan tindakan pelbagai pihak termasuk pembangkang memprotes pindaan seksyen yang diluluskan parlimen awal tahun ini.Mereka menganjurkan Kempen Hari Tegah Siar atau Internet Blackout Day semalam bagi memprotes pindaan itu. Sehingga jam 6 petang semalam lebih 100 laman web menyatakan sokongan terhadap kempen dengan logo #STOP114A. Menerusi pindaan berkenaan, sesiapa termasuk kerajaan boleh memulakan tindakan undang-undang atua fitnah jenayah terhadap pengguna rangkaian sosial, pemilik peranti mudah alih atau pemberi perkhidmatan rangkaian sosial, pemilik laman web, pemilik peranti mudah alih atau pemberi perkhidmatan rangkaian kandungan  yang disiarkan individu lain.
Warga internet seharusnya lebih terbuka dan meletakkan kepercayaan untuk mahkamah mengadili  kes fitnah jenayah.

Sumber: BH 15 Ogos 2012

LA: Rakyat perlu rasional.Dan kerajaan harus tunjukan kebaikan dan keburukan pelaksanaan pindaan ini.Agar semua lebih jelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan