Halaman

Rabu, 15 Ogos 2012

Masyarakat Siam selar PAS Kedah isu wat

Masyarakat Siam  di negeri ini menyelar tindakan kerajaan negeri PAS Kedah yang mahu setiap 45 wat Siam menjelaskan bayaran RM 2, 600 sebagai kos bagi pengeluaran surat keterangan untuk pusat ibadat itu.
Difahamkan ,bayaran keseluruhan RM117,000 bagi semua wat Siam itu diarah dilunaskan untuk membolehkan kerja mengukur tanah wat dan kubur Siam bagi tujuan pengeluaran surat keterangan,dilakukan.
Ahli Dewan Negara,Datuk Boon Som Inong menyifatkan tindakan kerajaan negeri pelik kerana mengenakan caj untuk rumah ibadat dan tanah perkuburan sedangkan pada dasarnya, premis serta lokasi ibadat bagi semua ketua sami wat di lima daerah di negeri ini,iaitu Kubang Pasu, Padang terap, Pendang, Baling dan Sik.
Setakat ini 11 wat sudah baayr deposit RM1,300.00 seperti diarahkan untuk membolehkan kerja pengukuran dibuat, tetapi 34 lagi masih ragu-ragu serta khuatir ditipu.
Saya minta kerajaan negeri jelaskan perkara ini khuatir ditipu.Saya minta kerajaan negeri jelaskan perkara ini kerana khuatir ada pihak yang keliru dengan undang-undang termasuk mungkin cuba ambil untung mudah,katanya.
Bercakap ketika ditemui di sini semalam, Boon Som turut mengaku hairan dengan tindakan kerajaan negero yang mahu mengeluarkan surat keterangan kepada wat Siam, sedangkan mengikut Undang-undang tanah Negeri, kawasan yang diperuntukkan bagi tujuan kepentingan awam seperti rumah ibadat hanya di berikan Sijil Simpanan (RC).

Sumber: BH 15 Ogos 2012

LA: PAS da tak cukup duit sangat ke untuk berkempen dalam PRU13, sampai sanggup mengenakan bayaran ke atas wat Siam pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan