Halaman

Isnin, 1 Oktober 2012

Bajet 2013:Nik Aziz mahu isu royalti diselesaikan

Nik Aziz

Mengapa selepas bajet bentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak barulah Nik Aziz nak mainkan isu  royalti petroleum yang belum diselesaikan??Apakah muslihat Tuan Guru kali ini pula?Dan mengapa nak kaitkan dengan undian rakyat Kelantan terhadap kerajaan Pusat pada PRU 13 nanti?Kenapa sekarang baru nak bangkitkan semua isu ini,adakah kerana PAS sendiri sudah kekeringan idea atau takut pada bayang-bayang sendiri?? 
 Sudah terang lagi bersuluh,yang PAS sekarang memang sudah terdesak untuk  memancing undi rakyat negeri Kelantan sendiri,bila mana dengan rasa tidak bersalah menyeret sekali rakyat Kelantan dalam politik kotor mereka.

Adakah Bajet PR sendiri sudah seimbang dari segi dunia dan akhirat ,bila mana seorang yang tidak pernah mentadbir negara tiba-tiba bercakap tentang bajet yang seimbang untuk dunia dan akhirat.Dan siapa dia untuk mengatakan musibah atau segala yang buruk itu berlaku hanya kerana tangan-tangan UMNO??

Inilah padahnya bila ada pemimpin yang cetek ilmu pengetahuan dan hanya bercakap bagai tin kosong sahaja.Bunyi je lebih tapi kosong.

Sumber: Sinar Harian 1 Oktober 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan