Halaman

Isnin, 1 Oktober 2012

PAS kuat tapi lemah dalam PR

"Tanpa Pas, percayalah yang PR takkan ke mana kerana segala persiapan ceramah atau program dianjurkan PR, ahli Pas juga yang akan membantu dari segi persiapan,"Kata Datuk Zulkifli Nordin yang  mendakwa Pas seolah-olah telah dilunyaikan oleh PKR dan DAP. Walaupun PAS  mempunyai ahli lebih sejuta orang, tetapi sebuah komponen yang lemah dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana ia tidak mempunyai kuasa sebenar dalam perikatan itu.PAs seolah-olah telah diperkotak katikkan oleh DAP dan PKR sendiri.

Kasihan sungguh nasib PAS yang kehilangan taring sejak menyertai PR.Walaupun dari pandangan mata kasar orang luar Pas mempunyai sebuah jentera yang lengkap, namun kuasa mereka seakan-akan hilang apabila bergabung dalam pakatan itu. Lihatlah dengan isu Hudud yang ditentang keras dan secara terang terangan oleh sekutu mereka sendiri iaitu DAP.

Janganlah kerana taksub berpolitik sampai PAS sanggup  menggadaikan agama dan bangsa untuk kepentingan mereka sendiri.Sepatutnya orang Melayu bersatu mempertahankan Melayu dan Islam kerana negara ini dikatakan menjadi benteng terakhir bagi negara-negara Islam lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan