Halaman

Isnin, 1 Oktober 2012

PKR bermimpi siang hari

Dr Tan Seng Giaw
Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw

Timbalan Presiden DAP, Dr Tang Seng Giaw menyifatkan hajat PKR untuk menawan Putrajaya pada pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti bermimpi siang hari.Apa dah jadi nie,bila sekutu sendiripun sudah mula bercakap sedemikian.??bukankah sepatutnya mereka menyokong satu sama lain.Namapun Pakatan Rakyat bukannya menikam kawan dari belakang.Ini sudah seperti "gunting dalam lipatan".

Bagaimanalah Ahli Parlimen Kepong itu,tidak bercakap sedemikian bila mana, PKR hanya berkhayal untuk menawan Putrajaya pada PRU 13 dan ingin mewujudkan "kabinet bayangan" kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah ada jawatan tertentu dalam kementerian.

Nampaknya PKR ni masih dpengaruhi dengan cerita "Alice In The Wonderland".Betul-betul buat lawak di siang harilah PKR  bila mana  PKR menyenarian 20 pemimpin kanan parti itu mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi PRU13 tetapi nama-nama yang disenaraikan masih belum memenangi lagi apa-apa kerusi untuk PRU13.Tinggi sungguh angan-angan mereka,dah macam angan-angan mat jenin.

Tidak apalah,biarkanlah si Luncai Anwar terjun dengan sekutu-sekutunya.Janganlah pula kita yang masih waras nie nak ikut mereka.Jadi tepuk dada,tanyalah selera. Pilihan semua di tangan kita sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan