Halaman

Rabu, 10 Oktober 2012

'Nepotisme realiti dalam PR'

Penganalisis politik berpendapat amalan nepotisme dalam Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil adalah tepat.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, amalan ini bukan hanya gambaran dalam Kabinet bayangan PR sahaja tetapi satu realiti diamalkan parti itu sejak sekian lama.

Menurutnya, keadaan itu sangat kontradik dengan apa yang dilaungkan oleh PR sebelum ini.Shahrizat menyelar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan nepotisme susulan isteri dan anak Anwar tersenarai sebagai anggota jemaah menteri dalam Kabinet bayangan PR seperti dilaporkan sebuah akhbar, sebelum ini.


Shamsul berkata, amalan mendahulukan ahli keluarga itu bukan hanya ada pada Anwar tetapi juga dalam rakan parti yang lain seperti DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng serta antara Karpal Singh dan anaknya, Gobind Singh. rakyat boleh menilai sendiri bagaimana bentuk pentadbiran yang akan dilakukan oleh PR jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Sumber: SInar Harian

LA: PR bukan parti untuk rakayt tapi parti untuk kronisme.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan