Halaman

Isnin, 10 Disember 2012

AES tetap diteruskan!!


UNGKAPAN kata-kata “kelajuan itu membunuh" ternyata belum meresap dan dihayati sepenuhnya oleh pemandu di Malaysia. Sedangkan setiap hari boleh dibaca melalui laporan media tentang tiada satu hari tanpa berita kemalangan jalan raya di negara ini.
Apabila berlaku kemalangan jalan raya terutamanya melibatkan kemalangan maut pada setiap hari, rakyat tertanya-tanya apakah yang kerajaan buat untuk mengatasinya.
Oleh itu, kerajaan sudah mengkaji keberkesanan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti dilaksanakan di negara lain dan ternyata sistem ini mampu menurunkan kadar kemalangan biasa dan maut.
Namun baru dilaksanakan pada September lalu, kamera AES mencetuskan kontroversi. Beberapa pihak mengeluarkan pandangan rasa tidak senang dengan tindakan Kementerian Pengangkutan bertegas mahu meneruskan pengunaan AES. Sesetengah pihak pula mahu AES ditangguhkan.


Walaupun mendapat tentangan daripada sesetengah pihak, kerajaan tidak akan berganjak atau mengkaji semula penggunaan kamera AES yang terbukti berjaya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Memanglah AES merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah.
Oleh itu AES perlu diteruskan untuk mendidik pengguna jalan raya supaya lebih menghormati undang-undang jika mereka tidak mahu dikenakan tindakan saman.
Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Majlis Keselamatan Jalan Raya serta agensi yang berkaitan telah berusaha untuk mengurangkan angka kematian dan kemalangan.
Pelbagai pendekatan pencegahan kemalangan, penguatkuasaan undang-undang dan penggunaan teknologi moden diperkenalkan dari tahun ke tahun tetapi kadar kematian dan kemalangan tidak berubah.
Jadi kenapa pelaksanaan AES juga mahu digagalkan. Sebelum ini banyak usaha dan pembaharuan dilakukan namun kurang berjaya kerana sikap pemandu Malaysia sendiri.
Segelintir pemandu Malaysia gemar memandu laju, suka langgar peraturan lalu lintas dan tidak berdisiplin di jalan raya. Sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan tabiat berbahayakan nyawa sendiri dan orang lain itu.

Sesungguhnya, tidak ada sebab AES perlu ditangguhkan kerana setiap hari negara menghadapi kisah-kisah kemalangan maut kerana kegagalan pemandu mendisiplinkan diri masing-masing.

Sumber:NSTP

LA: Buat salah,tak buatpun salah.Tapi biaslah bila kita nak buat kebaiakn ramai yang tak suka,tapi bila mana kebaikan itu memberi faedah pada semua,masa tu,barulah nak sedar kebaikan yang kerajaan buat.Memang sifat manusia begitukan.harap kerajaan tidak mengalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan