Halaman

Isnin, 10 Disember 2012

Ehsan BN untuk PulauPinang


1. Kerajaan Pulau Pinang tak perlu bayar hutang sebanyak RM 655.24 million kepada kerajaan pusat .

2. Kerajaan Pulau Pinang dapat peruntukan/grant bernilai RM 1.2 billion untuk kerja2 upgrade empangan Mengkuang .

3. Kerajaan Pusat akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk kerja2 penambahbaikan empangan Mengkuang

4. Kerajaan negeri tak perlu tanggung beban kewangan untuk kerja2 upgrade empangan Mengkuang.

Jadi dari pernyataan no.1 di atas kerajaan pusat Barisan Nasional dah buat 'kebajikan' kepada kerajaan negeri Pulau Pinang DAP dengan meng'halal'kan hutang sebanyak RM 655.24 juta itu . Mungkin ada kira-kira dalam hutang kerajaan negeri yang tak diperincikan menunjukkan jumlah hutang yang dah dilangsaikan sebanyak RM 600 juta dan hanya berbaki RM 30 juta . Jadi jelassss sangat disini , sebahagian besar dari jumlah RM 600 juta itu adalah 'ihsan' kerajan pusat Barisan Nasional . DAP ambil kesempatan ini untuk mengelirukan rakyat Pulau Pinang dengan memasang billboard yang cuba memberi gambaran mereka 'hebat' dalam mentadbir negeri Pulau Pinang . Sepatutnya di 'billboard' itu ada tambahan .. seperti "Terima Kasih BN atas ihsan kepada kerajaan negeri "

Jadi seruan ini aku panjangkan kepada jentera2 BN di Pulau Pinang supaya memberikan penerangan2 yang BERULANG KALI . Bayangkan setiap kereta yang lalu didepan billboard pengurangan hutang RM 630 juta kepada RM 30 juta itu akan 'termakan' dengan propaganda yang dimainkan oleh kerajaan DAP . Cadangan aku ialah letakkan 'banner2' yang kecil di bawah billboard ini menerangkan keadaan sebenar. Cuba buat ayat pendek yang kreatif contohnya ;

" Terima kasih kerajaan pusat Barisan Nasional kerana melangsaikan hutang RM 655.24 million kerajaan negeri dengan pengstrukturan semula industri air "

"Jasa kerajaan Pusat Barisan Nasional menanggung hutang air kerajaan negeri berjaya menjadikan hutang kerajaan negeri berbaki RM 30 juta "!



LA: NIlailah sendiri siapa yang betul-betul berjuang untuk rakyat???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan