Halaman

Isnin, 10 Disember 2012

LYNAS kotakan janji!!

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Lynas telah menghantar surat jaminan kepada kerajaan sebagai mematuhi sebahagian syarat yang dikenakan kepada syarikat itu ketika mereka menerima lesen beroperasi sementara dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) baru-baru ini.

“Walaupun kerajaan berpuashati bahawa tidak akan ada residue (bahan buangan) radioaktif yang dihasilkan oleh Lynas semasa operasi mereka, sebagai langkah tambahan setelah disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kerajaan mengarahkan Lynas memberikan jaminan dan merancang untuk menyedia kemudahan pelupusan tetap (PDF), jauh dari penempatan awam.

“Sekiranya syarikat gagal mendapatkan lokasi kemudahan pelupusan tetap tersebut, residue yang dihasilkan akan dibawa keluar dari Malaysia,” katanya ketika membaca kenyataan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa Lynas akan memindahkan sisa buangan ke kawasan yang jauh dari penempatan penduduk.
Mengenai maklumat balas daripada masyarakat setempat mengenai isu melibatkan kilang itu, Mustapa berkata pihaknya serta agensi-agensi teknikal terlibat seperti AELB dan Jabatan Alam Sekitar telah berjumpa dengan wakil-wakil pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), dewan-dewan perniagaan dan wakil-wakil pelajar bagi menerangkan isu berkenaan.

“Daripada pertemuan tersebut, didapati rakyat semakin memahami mengenai projek berkenaan dan ia selamat berdasarkan fakta saintifik dan teknikal, tetapi ia telah dimanipulasi oleh beberapa pihak yang berkepentingan.

“Mereka juga telah dimaklumkan mengenai kenyataan daripada Menteri Sumber Australia Barat, Norman Moore pada 29 Feb yang mengesahkan bahawa nadir bumi tersebut terlalu kecil paras radiasinya,” katanya.


Sumber: NSTP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan