Halaman

Isnin, 17 Disember 2012

DAP tidak mewakili ‘middle Malaysia’, kata Najib


DAP tidak mewakili “middle Malaysia” atau semangat perpaduan semua kaum di Malaysia apabila semua pemimpin Melayu DAP tidak memperoleh cukup undi untuk duduk dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada kongres parti pembangkang itu semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara seperti itu tidak akan berlaku dalam Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan pendekatan adil kepada semua kaum di Malaysia dan mempunyai hala tuju jelas untuk negara.
Kita juga menyaksikan DAP bukan sahaja didominasi oleh satu kaum, iaitu Cina, tetapi juga oleh dinasti keluarga di mana Lim Kit Siang mendapat undi tertinggi manakala anaknya Lim Guan Eng di tempat kedua,” katanya.
Beliau berkata pakatan parti-parti pembangkang tidak mempunyai ideologi bersama dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas mengenai masa depan negara.
“Malahan pemimpin mereka Anwar (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang saling bersaing untuk menjadi perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berkuasa.
“Kita (negara) tidak boleh mempunyai (ditadbir) satu pakatan yang asasnya pincang,” katanya. 

LA: Selagi Diansti Lim ada dalam DAP,yang lain-lain jangan haraplah dapat berkuasa dalam DAP sama lah juga seperti PKR,selagi Dinasti Anwar ada,yang lain-lain berputih mata lah..Kesian mereka semua ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan