Halaman

Isnin, 17 Disember 2012

Kaum India terus Sokong BN!!


 Sokongan kaum India terhadap Barisan Nasional (BN) dilihat semakin meningkat hampir 80 peratus berikutan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa mengorak langkah bagi memastikan masa depan lebih cerah bagi masyarakat itu.

   “Perdana Menteri turut memberi kepentingan kepada kaum India untuk kembali menyokong Barisan Nasional dengan menyediakan pelbagai kemudahan antaranya menambah sekolah tamil, tidak ada sebuah kuil pun yang akan dirobohkan serta semua kuil dapat beribu ringgit,” kata Presiden Parti Makkal Sakti Datuk R.S.Thanenthiran.


Thanenthiran berkata sebaliknya pembangkang hanya memecahkan kepercayaan kaum India terhadap parti itu apabila pandai bercakap tanpa mengotakan janji-janji yang ditaburkan.


LA: Nilailah sendiri siapa yang buat kerja dan siapa yang hanya pandai bercakap je!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan