Halaman

Rabu, 30 Januari 2013

Cekik darah betul rumah mampu milik Dap


ISU rumah mampu milik menjadi isu utama di Pulau Pinang. Ia adalah isu rakyat marhaen yang tidak diberikan perhatian serius oleh kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng. Kesukaran untuk memiliki rumah bukan sahaja dirasai oleh golongan berpendapatan rendah tetapi juga golongan berpendapatan sederhana.
Di Pulau Pinang, majoriti penduduk miskin adalah orang Melayu. Golongan ini memang amat tertekan untuk mendapatkan rumah mampu milik. Malah, golongan berpendapatan sederhana juga didapati sukar untuk membeli rumah di bawah harga RM350,000 ke bawah. Golongan ini yang juga kebanyakannya orang Melayu yang menghadapi masalah serius untuk mendapatkan rumah.

Senario ini disebabkan kebanyakan projek perumahan di negeri itu lebih mengutamakan pembinaan rumah mewah berharga mahal. Rumah teres tiga tingkat yang dibina harganya mencecah RM400,000 ke atas. Di George Town, rumah teres bersaiz sederhana kini mencecah RM600,000. Bagi rumah yang lebih mewah harganya mencecah RM1 juta.
Malah, di kawasan seperti Balik Pulau harga rumah mencecah RM400,000 berbanding lima tahun lalu. Rumah kos sederhana pada harga RM3500,000 ke bawah sangat terhad dan kebanyakan rumah-rumah itu berjaya dibeli oleh kaum cina.

Hartanah di Pulau Pinang hanya mampu dibeli oleh golongan berpendapatan tinggi. Pemaju perumahan di Pulau Pinang lebih mengutamakan rumah-rumah mewah berbanding rumah mampu milik untuk rakyat marhaen.


Pastinya rakyat Pulau Pinang, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, merasa lega dengan keprihatinan Najib untuk memperluaskan skim rumah berkualiti mampu milik di Pulau Pinang. Ia merupakan projek pembangunan sosial yang mengutamakan rakyat, terutamanya mereka yang memerlukan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan