Halaman

Rabu, 30 Januari 2013

Propa pasal fatwa,Pas memang jaguh!!

Post Pic
 Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat terus mengulangi kenyataannya bahawa tidak akan dapat menikmati sebarang pahala di akhirat sekiranya mengundi parti kebangsaan pada pilihan raya umum akan datang.
 
Nik Aziz berkata hanya dengan mengundi parti Islam saja yang boleh menjaminkan ganjaran kerana memang sudah jelas pahala itu hanya diberikan apabila menyokong Islam, bukannya menyokong parti kebangsaan.
 
"Hendak undi parti mana lagi untuk mendapat ganjaran pahala? Hanya parti yang memperjuangkan Islam saja di negara ini yang boleh menjanjikan seseorang Islam itu dengan ganjaran pahala.
 
"Saya ulangi lagi, sesiapa yang inginkan mendapat pahala di akhirat nanti, undi (parti) Islam, ia sudah tentu menjamin untuk mendapat pahala, bukannya undi parti kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pelaburan Rakyat Kelantan semalam.

Jangan pesongkan akidah umat Islam dengan propaganda fatwa sesat Pas ni.Jangan hanya kerana nak raih undi,sampai mempermaikan agama sesuka hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan