Halaman

Rabu, 30 Januari 2013

Pas pertaruhkan tanah rizab Melayu.


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menegaskan sebarang proses pindah milik tanah rizab Melayu kepada pihak ketiga khususnya bukan bumiputera sehingga bertukarnya status tanah tersebut adalah tidak sah dan terbatal.
Timbalan Menterinya, Tan Sri Joseph Kurup berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan, tanah tersebut perlu dikembalikan kepada pemilik asal manakala jika tanah berkenaan diguna untuk pembangunan ia perlu diganti oleh kerajaan negeri.
Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan sesebuah kerajaan negeri memajak tanah rizab Melayu tidak menyebabkan status tanah itu bertukar tetapi jika tempoh pajakan terlalu lama sehingga menjangkau 99 tahun, ia merugikan orang Melayu.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang ingin tahu mengenai status tanah rizab Melayu di Kelantan yang dipajak kepada syarikat bukan bumiputera pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mengapa pas pajakkan tanah rizab Melayu pada bukan Melayu.Apa maksudnya?? Pas sanggup mempertaruhkan maruah agama dan bangsanya sendiri??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan