Halaman

Selasa, 15 Januari 2013

KONSPIRASI KRISTIAN DALAM MENGKORUPSI KALIMAH ALLAH.

Polemik isu nama ALLAH ini masih lagi hangat diperbincangkan. Ada diantara ahli agama sendiri pun masih bertolak tarik dalam isu ini. Usah ditanya kepada ahli politik. Demi undi, semuanya nak diberi. Namun apa yang pelik disini ialah, kurangnya fokus dikalangan pakar-pakar agama dan ahli politik tentang apa sebenarnya yang dituntut oleh orang Kristian di Malaysia ini dalam konteks isu ALLAH ini. Yang kita harus jelas disini ialah, penganut Kristian di Malaysia mahukan ALLAH menjadi terjemahan kepada GOD atau LORD dalam Bahasa Melayu .
Dalam Agama Kristian ada berapa tuhan atau apakah konsep agama Kristian? Trinity bukan? Dimana ada Tuhan Bapa, Tuhan anak dan Roh Kudus. Jadi adakah kosep TRINITY ini menepati TAFSIRAN BAHASA MELAYU yang SEBENAR??? Pastinya tidak, kerana dengan jelas PERKATAAN 'ESA' itu menafikan konsep Trinity dalam Kristian.

Ahli politk janganlah hendak melacurkan isu agama demi politik kotor mereka.Dan jangan biarkan agama lain mempersendakan Agama Rasmi negara kita, apa guna dijadikan agama rasmi jika bangsa lain sesuka hati memperlekehkan agama Islam!
 Bukalah mata wahai umat Islam semua,inilah jadinya apabila agama lain diberi muka sangat.Semua yang milik kita mereka hendak rampas.Jangan sampai kita jadi pelarian di negara sendiri.!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan