Halaman

Selasa, 15 Januari 2013

PAS boneka DAP dan ANWAR !!


Pendirian dan perjuangan PAS kini diragui kerana sanggup “mendakap” DAP dan melindungi pemimpin tidak bermoral. Sejak terbongkarnya video seks yang membabitkan Anwar Ibrahim, PAS mula goyah dengan pendirian dan perjuangannya demi kepentingan politik untuk berkuasa. Kalau dulu PAS bersemangat memperjuangkan isu berkaitan umat Islam di negara ini namun kini PAS ketara cuba melindungi pemimpin tidak bermoral.
Perjuangan PAS terpesong jauh dari landasan asal yang berteraskan kepada moral, etika dan agama. Ini jelas dibuktikan setelah pemimpin PAS melalui pelbagai usaha cuba membela Anwar Ibrahim yang merupakan pelaku dalam video seks yang tersebar luas malah bernada sama dalam Kes Liwat I dan II yang turut membabitkan Ketua Pembangkang tersebut. Mereka sanggup mengenepikan soal moral, etika dan agama jika ianya membabitkan kepentingan politik PAS untuk berkuasa.
Pas seperti orang yang kemaruk untuk mendapatkan kuasa dan untuk menjatuhkan BN.Pas sanggup menjadi anjing peliharaan DAP hanya untuk mendapatkan sokongan dari DAP.Pas sudah lama lari landasan sebenarnya untuk memperjuangkan agama Islam dan Pas seperti boneka untuk DAP dan Anwar.Apa sudah jadi pada PAS sekarang?? buka mata dan buka minda wahai penyokong-penyokong PAS sekalian.Lihatlah siapa yang sedang menjahanamkan Malaysia sekarang, PAS ataupun BN? Jawapannya, PAS yang sedang membawa Malaysia untuk dijahanamkan oleh manusia-manusia tidak berguna seperti Anwar dan parti DAP!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan