Halaman

Selasa, 5 Mac 2013

Ceroboh Sabah: Tindakan pengikut Sultan Sulu canggah Islam, kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan perbuatan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.
  
Beliau berkata, kumpulan itu bertindak ganas sehingga menyebabkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa lapan anggota pasukan keselamatan negara dalam dua kejadian berasingan di kedua-dua lokasi serangan itu.
  
"Kita cuba nak selesaikan perkara ini tanpa pertumpahan darah, tetapi kita dapati orang Sulu ini ganas, mereka bukan sahaja membunuh askar kita tetapi cederakan orang yang sudah mati.

Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan segera supaya dapat mengalahkan kumpulan penceroboh itu dan menghadapkan mereka ke mahkamah kerana membunuh.
  
Beliau juga khuatir situasi akan menjadi lebih buruk kerana kumpulan penceroboh ini akan tetap meneruskan keganasan mereka secara berpanjangan walaupun akan kalah dalam pertempuran.
  
"Saya khuatir apabila kita lihat apa yang berlaku di Filipina, bila ada pemberontakan daripada rakyat mereka, ia berpanjangan dan tidak mudah dihentikan.
  
"Sebab itu saya harap kerajaan akan mengambil tindakan yang keras dan tegas supaya tidak berlarutan," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden itu.


Jangan biarkan lebih ramai anak-anak yang akan menjadi yatim dan isteri-isteri menjadi balu. Mohon kerajaan mengambil tindakan yang tegas pada mereka yang bertanggungjawab membuat onar ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan