Halaman

Selasa, 12 Mac 2013

Hentikan Wang kepada "Sulu"


Peguam Karpal Singh berkata kerajaan harus segera menghentikan bayaran penyerahan wilayah tahunan sebanyak RM5,300 kepada individu yang mendakwa diri keturunan Kesultanan Sulu.
   
Karpal berpendapat bayaran itu adalah suatu kesilapan terutama selepas Sabah mencapai kemerdekaan dan berkata keturunan Kesultanan itu tidak mempunyai locus standi bagi menerima bayaran berkenaan.



Karpal juga berkata beliau bersetuju dengan pendirian tegas kerajaan yang tidak mahu berunding dengan penceroboh dan penggunaan kekerasan bagi mengusir mereka dari Sabah.
   
"Pasukan keselamatan tidak seharusnya membenarkan sebarang kesilapan keselamatan selanjutnya dengan bertindak segera menghapus segala unsur ekstremis yang mungkin masih wujud di Sabah," katanya. - Bernama


Harap selepas ni,kerajaan tak perlu lah nak membazir wang beri kepada "Kesultanan Sulu".Sebab mereka ni,jenis orang yang tidak mengenang budi.Dah diberi betis nak peha pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan