Halaman

Selasa, 12 Mac 2013

PKR pun nak buat tawaran untuk penjawat awam.

Susulan pengumuman sembilan perkara 'berita baik' sektor awam yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Pakatan Rakyat (PR) menegaskan ,pihaknya ada "tawaran lebih baik" untuk 1.4 juta anggota perkhidmatan awam.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, pihaknya tidak bimbang dengan pengumuman 'lumayan' diumumkan oleh perdana menteri semalam.

Malah katanya, kakitangan awam boleh membezakan antara tawaran PR dan Barisan Nasional, yang diketuai oleh Najib.


Rafizi berkata demikian menerusi Twitter semalam mengulas pengumuman senarai sembilan perkara yang berkaitan skim saraan kakitangan awam termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Bagaimanapun beliau tidak memperincikkan butiran itu. PR melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 mereka akhir bulan lalu.


Kalau ada yang lebih baik mengapa tidak senaraikan seperti kerajaan buat??mengapa hanya kata ada yang lagi baik.Nampak sangat  PKR ni hanya omong kosong sahaja.Fikir lah sendiri,kalau setakat cakap ada yang lagi baik,semua orang boleh cakap.Ya lah, cakap sahaja bukan susahpun.

Harap jangan ada penjawat awam yang termakan dengan pembohongan PKR ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan