Halaman

Selasa, 12 Mac 2013

Lahad Datu: Polis rekod keterangan Tian Chua

Tian Chua

 Polis hari ini merekod keterangan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kenyataannya yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, sebagai sandiwara Umno.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, keterangan Tian Chua itu direkodkan petang ini di ibu negara oleh sepasukan polis kontinjen Johor bagi membantu siasatan mengenainya.


Mohd Mokhtar berkata polis sehingga semalam menerima 230 laporan dari seluruh negara oleh orang ramai dan badan bukan kerajaan berikutan rasa tidak puas hati mengenai kenyataan Tian Chua.

Beliau berkata laporan pertama diterima polis adalah pada 2 Mac lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.     

Katanya, siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah itu sudah merekodkan 153 percakapan sehingga kini dan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.  

Pada 1 Mac lepas, Portal Keadilan Daily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.



Tian Chua hanya pandai bercakap sahaja seperti ketuanya juga.Tapi tidak penah nak bagi sumbangan pada mangsa-mangsa di Sabah.Kerajaan juga yang menghulurkan bantuan kepada mereka.PKR dan kunco-kunconya hanya tahu mengata sahaja.Tapi nak datang menolong memang jauh sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan