Halaman

Rabu, 13 Mac 2013

PAS: Di persimpangan dilema



 Hasan Mohamed Ali

GESAAN bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa baru-baru ini supaya Pas meninggalkan Pakatan Rakyat dan terus berjuang bersendirian bukan perkara baru.
Sebelum ini pun terutama selepas DAP menunjukkan belang sebenar mereka mengenai Islam telah menimbulkan berbagai reaksi terutamanya di kalangan ahli dan penyokong akar umbi Pas.
Rata-ratanya marah dan bosan dengan cara pimpipan Pas menangani tindakan-tindakan DAP yang tidak pernah bersetuju dengan apa sahaja tindakan Pas yang ada hubung kait dengan Islam.
Pas mesti memutar 'steering' sama ada memutar ke kanan atau ke kiri. Memutar ke kanan ertinya balik ke pangkal jalan menjunjung dasar perjuangan asal parti yang telah disuburkan buat sekian lamanya melalui taburan dan bajaan keringat, air mata dan darah.
Membeluk ke kiri pula bermakna terus bersekongkol dengan petualang-petualang dan musuh-musuh Islam dan Bangsa Melayu.
Pas terus diperalatkan demi mencapai tujuan tersembunyi yang kini mula terserlah di kalangan pimpinan DAP dan PKR. Negara sekular republik dengan amalan fahaman liberalisme barat kemungkinan besar akan menjadi ideologi negara apabila mereka berjaya menguasai Putrajaya.

Nasharudin dan pimpinan ulamak serta sebahagian pimpinan pemuda sememangnya memahami taktik DAP, PKR dan elemen parasit dalam Pas.
Ahli dan penyokong bawahan yang selama ini merelakan diri mereka jatuh bangun bersama parti Islam ini sedar apa yang sedang berlaku.
Mereka tidak dapat berbuat apa-apa lantaran pimpinan parti dikuasai oleh golongan parasit yang diketahui menjadi proksi kepada DAP dan PKR.
Pilihan yang ada yang masih terbuka luas kini ada di tangan mereka.

Pas perlu berfikir dengan lebih rasional lagi demi kesejahteraan parti dan umat Islam khususnya.Takut nant Pas  hanya jadi seperti "lembu dicucuk hidung" oleh DAP dan PKR.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan