Halaman

Selasa, 30 April 2013

Penerbangan bawa pengundi Sabah ke Selangor?


Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi mendakwa terdapat penerbangan yang disediakan kepada rakyat Sabah ke Selangor bagi tujuan membuang undi pada 5 Mei ini.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh daripada seorang kakitangan sebuah syarikat penerbangan.

"Daripada sumber dalaman pihak penerbangan sendiri, memang wujud penerbangan yang disediakan khusus untuk mereka di Sabah untuk ke Selangor," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mengapa tak tunjukkan bukti kalau benar tuduhan ada penerbangan membawa pengundi hantu ni?? Pas cakap hentam keromo je,bukan berdasarkan fakta ataupun bukti.
Sudah-sudahlah buat dosa kering Pas oii..Mengapa Pas menggelabah sangat, takut kalah ke??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan