Halaman

Isnin, 13 Mei 2013

Anwar yang gila kuasa!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menghasut rakyat menyertai perhimpunan di seluruh negara bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sambil mendakwa mempunyai bukti bagi menyokong tuntutannya.

Pada perhimpunan di Stadium Negeri Batu kawan, malam kelmarin, Anwar yang gagal membawa pakatan pembangkang ke Putrajaya, meracuni fikiran rakyat dengan mendakwa kononnya pemerhati politik dari dalam luar negara sudah meramalkan pakatan pembangkang mahu memenangi PRU kali ini. “Tidak ada pemerhati politik dari dalam dan luar negara yang menjangkakan kita tewas, semua cakap kita menang. Memang kita menang, tapi SPR curang. Kita ada video, foto dan saksi yang membuktikan Barisan Nasional (BN) guna rakyat Bangladesh untuk mendapat sokongan dan undi. 


Ada puluhan rakaman

“Kita ada puluhan rakaman, antaranya (peralatan merakam) dibawa masuk dengan bantuan polis, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta individu termasuk dengan bantuan SPR,” katanya pada perhimpunan itu yang turut dihadiri isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.

Sambil menyifatkan perhimpunan itu kononnya mewakili suara dan semangat rakyat Malaysia yang bersatu demi menuntut pilihan raya adil dan bersih, Anwar juga turut mengajak khalayak supaya tidak takut untuk menyokong tuntutannya.

“Jangan takut sebab kita nak pertahankan hak, tolak penipuan SPR dan kita juga tuntut SPR beri penjelasan,” katanya.

Petualang negara ini harus dihapuskan,jika tidak makin parah dan rosaklah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.Bangsat ni patut disumbatkan dalam penjara sahaja.Harap pihak polis ambil tindakan tegas kt bangsat ni sekeluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan