Halaman

Isnin, 13 Mei 2013

PAS dan UMNO harus bergabung untuk memperkuatkan agama Islam

 UMNO dan PAS perlu menjadikan agenda penyatuan kedua-dua parti sebagai usaha berterusan demi mengukuhkan Islam dan memperkasakan bangsa Melayu di negara ini.

Sehubungan itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa), berkata tindakan pihak yang menolak penyatuan Melayu Islam, tidak boleh diterima. “PAS sudah memulakan usaha itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, tetapi tidak kesampaian. Bagi saya, penyatuan itu perlu jadi agenda berterusan. Cuma saya tidak boleh terima bila ada usaha penyatuan PAS dan UMNO, ada pula pihak yang mengatakan muka mereka hendak diludah... ini ajaran agama mana?” katanya. 



Nasharudin berkata, penyatuan itu mungkin tidak dapat dilihat dalam tempoh singkat, tetapi percaya ia mampu direalisasikan jika ada kesinambungan usaha berterusan. 
“Adakah hendak tunggu sudah ranap baru hendak bersatu seperti di dunia Islam lain. Perkara ini bukan mudah kerana membabitkan banyak isu dan sentimen, tetapi jika tidak berjaya hari ini, masih ada esok dan lusa untuk diteruskan.

“Berdasarkan pengalaman, rumusan saya mudah. Tidak semua dalam UMNO itu iblis dan tidak semua dalam PAS itu malaikat. Mengapa tidak kita gabungkan ‘malaikat’ yang ada dan prihatin terhadap nasib Melayu sekarang.

“Proses penyatuan semula nasional harus dimulakan dengan penyatuan orang Melayu. Satu usaha mesti diterus dan digerakkan di peringkat bawahan dan saya hanya melihat UMNO dan PAS yang boleh menyatukan ummah,” katanya.

Jika mahu memperkuatkan perpaduan umat Islam di Malaysia khususnya bangsa Melayu,seharusnya usaha murni penyatuan Pas dan UMNO harus dilihat dari sudut yang positif, bukannya dihalang.Sebab apabila PAS dan UMNO bergabung barulah Islam dan MElayu mejadi kuat dan tidak berani diperkotak katikkan bangsa lain.Marilah kita sama-sama berdoa agar Pas dan UMNO bersatu demi agama, bangsa dan negara yang tercinta ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan