Halaman

Isnin, 13 Mei 2013

PAS menggelabah bila BN nak pinggirkan kawasan yang mereka kalah..#memang patutpun!!

Datuk Seri Ahmad Said bahawa beliau tidak akan melantik Pegawai Pembangunan DUN (PPD) dan Pegawai Pembangunan Parlimen (PPP) di kawasan BN kalah dalam pilihan raya umum baru-baru ini. 
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Negeri, Ariffin Deraman berkata PPD dan PPP tidak diwujudkan mungkin akibat rakyat 'tidak mengenang budi' BN hingga menyebabkan beberapa calonnya seperti di Bukit Payong, Ru Rendang, Bukit Tunggal dan lain-lain kecundang pada pilihan raya itu. 

"Sepatutnya peruntukan kepada ADUN pembangkang khususnya PAS juga diberi sama seperti yang disalurkan kepada PPD sebelum ini, baru berlaku keadilan dalam pengurusan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini. 

Bagaimanapun, Ariffin berkata untuk jangka panjang, PAS sedia terima (kenyataan Ahmad) kerana ia memudahkan urusan Adun Pas untuk bersama dengan rakyat. 

Ariffin berkata demikian ketika mengulas pelantikan menteri besar dan 10 anggota exco Terengganu yang baru di Istana Maziah semalam. 

Adun Alor Limbat itu turut menyentuh kenyataan Ahmad bahawa projek perumahan mampu milik hanya akan dilaksana di kawasan yang dimenangi BN. 

Sangat sokong tindakan MB Terengganu ni,ni je cara nak jar orang yang tak tahu mengenang budi.Tengok mampu tak PAS menunaikan "manifesto Pakatan" sperti yang mereka canang-canangkan sebelum ini.Pas apa lagi,gi wat keje,jangan nak memekak je.Tapi kerja tak jalan.APTB!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan